Wednesday, January 27, 2010

malam suram. senja kelam.


aku mahu jadi pelukis.
yang bisa melukis wajah mu.
agar aku tidak pernah lupa senyumanmu.


aku mahu jadi penulis.
yang bisa melahirkan kata-kata indah.
agar kau terasa tidak keseorangan lagi.


tetapi.
aku lebih mahu duduk di hatimu.
agar kau tak pernah jauh lagi.




aku baitkan puisi itu.
di dalam buku pemberianmu.
agar suatu hari kau menjenguk tulisan burukku.
dan takkan pernah lupa masa-masa indah dulu.



aku cuma perlu kamu.

i hate me.

i hate the fact that





i'm OBESE


my life sucks isn't?

finally!

January 27, 2010 18:03 PM

Najib To Visit Melaka On Feb 4

MELAKA, Jan 27 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will make a one-day visit to Melaka on Feb 4 where he is scheduled to open the Melaka International Airport in Batu Berendam, Chief Minister Datuk Mohd Ali Rustam said.

The RM190 million airport, which has a new terminal capable of handling 1.5 million passengers a year, is targeted to be an airport hub for health tourism.

After opening the airport, Najib would meet state BN leaders, Mohd Ali told a news conference here which was also attended by Deputy Information Communication and Culture Minister Senator Heng Seai Kie.

Najib's wife, Datin Seri Rosmah Mansor, meanwhile, will attend a get-together with women non-governmental organisations at Melaka Botanical Park in Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya.

Najib's other programmes include a visit to Pantai Siring fishermen development project site and a "walkabout" around Melaka city covering Universiti Teknologi Mara campus in Jalan Tun Ali, hawker centres, Kampung Morten, Sungai Melaka and Jonker Walk.

Later in the night, Najib will attend a 1Malaysia dinner and open the 1Malaysia Square in Pantai Kelebang.

-- BERNAMA

Tuesday, January 26, 2010

bersopanlah anda.

sekarang tak abis-abis isu pasal adukataruna yang dikata kan menghina Almarhum Sultan Johor. sultan daku tu. selamba je nak kutuk.

agak-agak nya orang macam dia ni dah takde benda lain nak buat. cakap ikut suka nak cakap tapi otak macam letak kat lubang jubur! nak berblog pon agak-agakla. kut ye nak lepas sgt rasa marah ke apa ke. bahasa tu elok la sket. lagi-lagi bila kita ckp pasal sultan, plus dah mangkat lagi. mana orang lain tak marah. posting-posting before pon cakap macam tak penah pakai otak.

dah mampus buat cara mampus la.

fuh. mara benar dia kononnya MB sembunyikan berita pasal kemangkatan Almarhum. hai hai hai. Allah bagi otak. supaya pikir. pikir serupa umur. bukan pikir macam konon kita tau macam-macam tapi sebenarnya otak kosong.

tiba-tiba aku plak yg emo :P

enough pasal adukataruna tu. dah serah diri dah pon. semoga dia insaf.



people judge others.

people talk bad about others.

people 'kill' others.


bila negara ni nak aman? mana silap nya?

leka sangat nak kejar kenikmatan dunia sampai lupa pada yang asal? ke?


sigh.

Ya Allah. selamatkan la kami.

hey u!

kalau ada telefon. tapi tak reti guna.
baik buang je kan?

takpun pegi campak dalam jamban. pastu flush.


bodoh!

Thursday, January 21, 2010

hukum.

mengaku Islam,
tapi membenci sesama sendiri.

mengaku Islam,
tapi menghina kaum sendiri.

mengaku Islam,
tapi hati penuh hasad dengki.

mengaku Islam,
tapi menghukum tanpa usul periksa.


bukan ke hukum-menghukum tu kerja Allah?



tepuk dada, tanya iman.

Islam benarkah kita?

past tense.

memandang ke belakang.

langkah layu. kaki kaku.

tapi sampai bila?

sampai bila harus dikenang masa silam?


terus memandang.

masih ragu-ragu akan masa sekarang.

masih takut untuk hadapi masa akan datang.


langkah kaki di atur.

lemah longlai.

moga suatu masa nanti.

aku mampu melangkah ke hadapan,

tanpa ada rasa ingin lagi pandang ke belakang.



sigh.

Monday, January 18, 2010

the final goodbye.

we had memorial ceremony this afternoon for our beloved late Ganesha. tremendously sad as most of his close friends, including his girlfriend, reminded us of how he was before, and how he meant for everyone.

as for me, i never get really close to him. but ive known him enough. we were in same class for 2 and half years, and i was hoping that we can finish the MBBS together with others, but unfortunately, god loves him more than us. he left us tragically. so sudden. i cant even think anything the moment i heard about the news.

late Ganesha was very happy man indeed. he always smile, he waived everytime we bumped into each other. and i remember the last word came out from him (to me) was "eh chin. makan lagi?" i cant forget the smile that time. i never thought that was the last smile of him i ever saw.

he loved football. in fact, the was the very good striker, for our batch, our college. the handsome one. he slept all the time. narcolepsy i should say. i remember when we were in our first year of college, he slept almost every class, but he never get caught. he was funny man. he was our class sweetheart.

he was a good friend to most of us. he always wanted to be a superman. whom can always save others. yes, he was a superman for his close friends. as he always thought about others first.

Anas and I were on our way to KL last saturday, early in the morning, when we saw the bus at the other side of the road. we kept talking about bus accident and shockingly, we never knew, that he was involved in the accident.

G, u always a good friend to us. to me. Rest in peace bro. u will never be forgotten. may god bless your soul. i know u always wanted to die as happy man. and im sure u are now happy up there, watching us. u definitely forever in our heart.


and for Satish, (whom in ICU rite now - for intracranial hemorrhage (if im not mistaken)) be strong man. i know u can survive this. wake up and get back here soon. we'll be praying for your health.



we never know when our time will come. life's too short to be neglected. cherish your friends and family. and leave the rest to god.


*my condolence to his family, gf, and friends* may god bless his soul.

Sunday, January 17, 2010

goodbye friend.

In Loving Memory of

Ganesha Santherabalan

17.09.1986 - 16.01.2010







Your precious memories are for keepsakes,
with which we never part,
God has you safely in his keeping,
But we have you forever in our hearts


May Rest In Peace.



_________________

Read THIS and THIS for more info. damn i saw the bus :(

Friday, January 15, 2010

How To Save A Life




Where did I go wrong, I lost a friend
Somewhere along in the bitterness
And I would have stayed up with you all night
Had I known how to save a life



don't judge a book by its cover.

merujuk tajuk di atas. tau la ape aku nak bebel kan?

aku tak paham kenapa mesti sesetengah orang ada pemikiran typical yang sangat narrow minded yang tuhan je tau kenapa perlu die ada pemikiran sebegitu. fuh.

*tarik nafas dalam-dalam*

case scenario:
1. kalau sumone (perempuan) tu macam ganas-ganas orang mesti pikir dia tak pandai wat kerja rumah, membasuh baju, memasak etc etc. ape tah lagi wat kerja-kerja special yang memerlukan bakat terpendam seperti menjahit baju dan membuat kuih/kek.

2. kalau someone tu macam slamber, tak ayu lansung, tak gedik, orang pikir dia takde capability utk berlaku sopan dan hormat orang tua.

3. kalau perempuan gedik, orang nampak cute. kalau kau ganas nak mampus. jangan harap lelaki nak suka.

4. kalau kau suka music, kau mesti kaki clubbing dan kaki pergi tgk konsert.

5. kalau kau pakai tudung, kau mesti orang baik-baik. tapi kalau kau free hair, ko mesti sosial gila.


kenapa mesti narrow-minded sangat??

oh come on lah.

kalau aku buat hal dengan someone, mesti ke orang lain pikir aku budak jahat yang akan cari pasal dengan orang lain jugak??

kalau aku tak ayu dan tak gedik dan tak girly, mesti ke aku tak pandai jaga hati orang tua? apetah lagi tak reti masak, kemas rumah, jaga baby etc etc?

hai hai hai.

kenapa orang mesti judge orang berdasarkan appearance. bukan hati?



lebih baik pergi hospital, cakap dengan patient yang lansung tak kenal kita, tapi tak penah lansung judge kita. and we can talk happily without ada apa-apa prasangka.

ye. lebih baik bercakap dgn strangers. hati pun tak sakit.

Thursday, January 14, 2010

letih.

tuhan je yg tau macam mana letih kalao pegi posting kat muar. bangun pkol ntah la brapa. bus akan tinggalkan kampus pkol 7. so bleh pikir pkol brapa aku bangun terpisat-pisat baru nak mandi, pilih baru, iron baju, cari labcoat, etc. etc. pulak lagi kalau time tu la baru nak sedar yang labcoat macam comot, nampak gaya mmg blasah je la sebab dah takde masa nak pikir lagi.

good thing about surgery posting pukul 12 kelas habis, then balik melaka semula. tapi tu pon bas gerak pukul 12.45 sampai dekat2 pukul 2. huh. what a long journey. kalau bawak kereta, dapat la sampai awal sikit. tu pon kalau traffic light kat AMJ tak buat hal asal benti kat traffic light je semua nak merah. cam haram.

tapi still macam penat sangat2. lebih-lebih lagi kalau dalam bus lansung tak boleh tidur. sampai kelas kepala sakit. abis kelas, tidur petang. lepas asar. yes. takde choice. terpakse la jawabnya. kepala makin sakit. macam ntah apa2.

oh letihnya.

tambah parah bila malam nak tidur tak boleh sampai tahap mengigau tengah malam. and bangun terkebil-kebil. kadang2 pukul 3 or 4 baru dapat lelap semula. tapi nak kena bangun pagi balik. aduh. letihnya.

bila mengadu kat mama. mama kata, sapa yang pilih? huhu. terpaksa pasrah. macam mana nak survive utk tahun-tahun akan datang, tuhan je yang tau.


kalau dapat selalu cuti macam ni kan bagus *sigh*

Tuesday, January 12, 2010

gosip cik jah.

ehem2. kita kembali lagi dalam rancangan masak memasak

erk,

silap.

hari ni aku nak kasi tips camne nak kasi blog korang famous.

1. make sure entry gempak2.

2. make sure korang pon rajin pegi tgk blog org. nak harap org je datang blog ko, ko pikir ko sapa? hanis zalikha? nuff said.

3. jangan asik menaip je. selang seli la dengan gambar. baru la tak boring.

4. ...

err. tu je kot. hahaha. mana la aku tau. sbnrnye aku tibai je. blog aku pon tak glamour hahaha.

*ok. aku sbnrnye tgh weng. stoned by never-ending-medicine-assignments*

dah 2 kali aku minum nescafe and still mata macam ada juta2 setan tgh ngayut. seriously mengantok. kepala pon dah sakit.

omg. i need help.

kenapa hegeh2 sangat aku buat keje ni? arghh!


______________
staying up late definitely makes u super hungry!

Sunday, January 10, 2010

you just couldnt see it.

a little help might help.

terdetik hati nak baca post ni.

kita tak tau bila tiba nasib kite akan sesusah ni. nauzubillah mintak jauh.

korang nampak tak Blogger - We Care kat sidebar tu?

utk maklumat lanjut, bleh pegi SINI

may this little help might help others.

insyaALLAH.

Saturday, January 9, 2010

jangan salah kan gula.


walaupun harga gula naik.

*naikla banyak mana nak naik. malaysian people tetap jugak ramai yang diabetes!*


aku tetap teringin cendol jonker.

gula melaka dia pekat gila.

cendol die tak lembik2. niceeee~

peh. *droooling*

kedai dia nampak cool. truly kopitiam.

cendol jam besar pon tak sesedap ni (in fact, tak sedap lansung)

cendol bukit cina lagi la oouttt! abis makan tros rasa nak B**** (haha. salahkan afiq)




tapi dah 2-3 kali pegi kedai tu.

tutup.

kenapa ye?


sebab harga gula naik ke?

bertapa daku gembira dapat cendol sesedap ini.

alia, anisah & bella. geng melantak cendol



p/s: amad, rugi ko balik cpat. huahuahua.

Friday, January 8, 2010

the time of death.

im not sure i can call it dead coz one thing for sure, its still working. except the one and only back button. sucks isnt?

i wish i cud rush to only-god-know-where to get it fixed. but sadly i know i dun have time or even money to get it fixed anytime soon.

eventho i cant see u very often, i promise u i'll never forget u. i will find d way! im sure u'll be fine. SOMEDAY.




______________
aku lemah tanpa kamu.

Thursday, January 7, 2010

azam tahun baru.

ngeh2. tiap2 taun buat azam. ade yg jadi ada yang tak. ape azam2 tersebut pon aku da takleh nak ingat. muahaha. tapi yang paling penting aku penah berazam dapat bf nama azam. HAHAHAH. mmg takkan la tertunai kan. sebab nak jumpa org nama azam pon payah. lol.

ok lets go thru this list:

AZAM TAHUN BARU GUA IALAAAHHH: *bunyik drum*

1. menunaikan azam-azam taun taun lepas. lol.
2. tidak mahu boros lagi. (gua berjaya belanja 20inggit je seminggu. wootttwooott) *tidak termasuk duit minyak lol*
3. belajar bersungguh2 -__-" (ok. ini serious. mesti start study!)
4. menjadi yang terbaaaaaaaekkkkkkkk *sigh*
5. ehem2. ni cam P&C sket. tapi gua akan buat sampai jadi 50 je tak lebih. *hemppss. azam ok. azam. idup mesti ada cita2. muehheheheh*
6. tidak akan selalu berhibur, membuang masa.
7. tidak terlalu banyak menonton wayang, dan shopping2 benda tak berpaedah.
8. membeli telefon baru (iphone gua da jahanam. sobsssobss) dan SLR baru (or at least lens baru) *buat muka simpati pada yang berkenaan*
9. tidak lagi tidor lebih dari 4 jam sehari. 2010 tahun utk bekerja keras!
10. tidak melawan cakap parents gua, adek bradek gua, dan bf gua. *err. i think this shud come earlier*



fuh fuh. tak bernafas nak tulis azam. gila lah. azam tanak yang poyo2 je lagi kan? tapi kalau tak poyo cam kurang macho gitu lol. dah kata cita-cita mesti mau besaarrr. baru la ada usaha. kalao takde cita-cita, takde planning suma pon tak jadi *eceh. padahal selama ni ikutt je. tak pnah planning apa-apa*


semoga berjaya!

Wednesday, January 6, 2010

ke-malang-an 2010.

malas atau betul-betul sibuk?

perlukan lbh dari 24 jam sehari?

orang lain ckup je. nape ko tak ckup lak?


***************

haih.

sorry. betol2 takde idea. banyak masalah idup perlu di selesaikan.


nanti aku update.

promise!