Sunday, April 25, 2010
bila orang hina, kita diam aje. ok?
Wednesday, April 21, 2010
Tuesday, April 20, 2010
129-
kau
kau
dan kau
buat hati aku tak tenang.
kau
kau
kau
dan kau
buat aku jadi sedih, marah, terhina dan segalanya.
kau
mana hilang semangat aku?
kau
jangan hilang
tolong!
Monday, April 19, 2010
random #3
untuk kutip walau sekecil-kecil batu pun.
untuk di jadikan penguat dinding.
aku berazam..
untuk mengumpul kekuatan.
dari seluruh pelusuk alam.
walau sebesar zarah pun.
untuk melupakan kamu.
Sunday, April 18, 2010
random #2
aku tahu itu mungkin kali yang terakhir.
waktu pagi itu.
aku tahu kau akan tinggalkan aku.
waktu pagi itu.
satu persatu cerita hidup aku pergi bersamamu.
Thursday, April 15, 2010
sushi time!
orang kecil.
by wani ardy.
hari ini aku lihat awan biru dan hijau dedaunnya.
ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar.
tersesak dalam cita, diuji dan diduga.
namun aku ini hanya orang kecil.
jauhnya cinta, jauhnya bahagia.
lelah gelita, kosongnya jiwa.
ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang.
bersyukur apa yang ada, ku 'kan sampai ke sana.
hari ini kulihat temanku dan separuhnya bersatu.
ku lupa betapa indahnya kehidupan sebenar.
tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi.
namun aku ini hanya orang kecil.
Tuesday, April 13, 2010
off i go.
certain-certain manusia yang buat aku serabut.
sedih.
marah.
dan rasa nak mencarut 1 juta kali.
lebih baik aku blah.
aku kembali bila hati dah tenang nanti.
tq for reading.
Monday, April 12, 2010
benci.
aku benci MMMC tahap taknak belajar lagi dah.
aku benci hari ini tahap aku rasa nak tidur je sampai esok bangun mula hari baru.
aku emo.
Friday, April 9, 2010
palpitation weh!
tachycardia.
cold extremities.
*cough cough*
breathlessness.
tremor.
hypertension.
stress!
stress!
results P2s1 dah keluar. congrats utk darling-darlingku - iwa, nana, fiza, & nana.
tak lupa jugak utk anas & ezyana.
phewww..
lepas ni aku pulak.
stress memuncak!
Wednesday, April 7, 2010
121-
1. makan atau tidur?
- tidur. aku sanggup tidur dan berlapar sebab malas carik makanan tengah malam.
2. baca atau kira?
- dulu suka kira. subjek favourite aku time spm adalah fizik. oh kagum. sekarang dah bodoh matematik. jadi aku suka baca. oh terpaksa sebenarnya.
3. spec atau lens.
- lens. spec buat aku nampak tidak cute. HAHAHAHAH. ok tipu. aku tak cute even aku pakai lens skali pun.
4. motor atau kereta.
- kereta. aku takde lesen motor. aku penah jatuh motor banyak kali masa bawak motor secara haram time kat india.
5. kopi atau tea.
- kopi buat aku migraine. tea buat aku gastrik. aku pilih milo. boleh?
6. short or long pants.
- kaki aku tak kurus dan tak hot. so aku pilih long pants.
7. lelaki atau perempuan
- aku prefer lelaki. tak banyak kerenah berbanding perempuan. lagipun aku straight! haha.
8. facebook atau friendster?
- sumpah aku dah lebih 1 tahun tak bukak friendster. so aku pilih facebook.
9. rock atau dangdut.
- tolonglah kalau taknak kena maki hamun jangan la bagi aku dengar lagu dangdut. tak rock la weh!
10. kasut atau selipar.
- selipar. lebih jamban lebih cool. tq.
sambungkan..
1. saya suka.. tidur dalam kelas.
2. saya makan.. apa saja tolak batu dan kayu, serta benda-benda haram seperti vavi mahupun siput vavi walaupun ia tidak haram.
3. saya minum.. apa saja asalkan bukan beer, vodka, champagne, margarita atau alcohol yang lain.
4. pada suatu hari.. saya selaku ketua group kena mara sebab tak perform. jadi saya terus menyimpan kebencian pada subjek tersebut.
5. kawan-kawan saya.. siapa saja yang boleh buat saya gembira.
3 benda yang orang tak tahu pasal anda:
1. saya tak makan karipap.
2. saya tak suka makan daging.
3. saya pernah belajar piano seawal umur 7 tahun tapi sebab belajar tak habis jadi saya tak mampu jadi macam maksim.
*sepatutnya tag blogger lain untuk buat. tapi aku malas hehe. kalau korang rajin, korang buat ea ;)
bila filem atau drama melayu nak maju?
cth: buat CPR pun tak betul.
benda-benda ni memang kecil. tapi kadang-kadang seolah olah memperbodohkan orang yang menengok movie/drama tu pulak. as if orang sekarang takde yang jadi doktor or blajar medic. even orang-orang tak belajar medic atau takde asas dalam medic pun tau cara kau buat tu salah.
ada certain cerita tu berbelit-belit. nak buat macam cerita berat overseas la kononnya. lastnya, pelakon sendiri tak paham. penonton ape tah lagi. tak pun cerita meleret-leret. tapi ending entah apa-apa. memang ada cerita overseas pun macam ni. ye lar takkan semua cerita ending nak happy2 je kan? tapi biar lah semenggah sikit kan?
aku bukan nak agung-agung kan karya luar. tapi kalau tgk product2 filem/drama malaysia ni, buat sambil lewa je. pengarah mana, tak payah cakap la. confirm korang pun sependapat dgn aku.
orang tak nak tengok filem berat dan sedikit slow tapi penuh mesej karya Yasmin Ahmad. yang orang rebut-rebut nak tengok cerita senario (contoh). hadoiyai. sakit otak aku. lawak pun tak lawak sebenarnye.
malas nak cakap. yang penting hati aku sakit tengok orang pakai defibrillator pun macam tekap span kat dada. buat CPR pun tangan bengkok. and ada benda tercucuk kat leher, cabut macam tu je. gila tak realistik! ada vessel yang besar kat situ la gila! makin mati la patient tu.
argh. emosi aku!
***jangan salah anggap dengan entry ni. aku masih lagi tahap beli tiket wayang untuk tgk movie-movie melayu, masih makan depan tv semata-mata nak tengok drama melayu. cuma kadang-kadang sedih. kalau polish sikit even benda-benda kecik, kan lebih baik?
Monday, April 5, 2010
kanak-kanak kecil.
aku dan kakak aku pernah ada cubaan nak lari rumah.
disebabkan tekanan dan paksaan makan dengan banyak oleh maid kitorg kut masa tu.
atau pun saje-saje supaya 'satu hari nanti ada lah benda kau nak cerita dalam blog kau'
haha.
ape pun alasan aku time tu, yang penting time tu ktorg kecik lagi. belum sekolah menengah pun.
macam movie-movie kanak-kanak kurang kasih sayang, aku dan kakak aku packing baju supaya bila nak jauh nanti ada la baju nak tukar. time tu takde duit. seposen pun takde. sedih ok. tapi takpe. kitorang tetap kental.
kami dua panjat pagar utk keluar. sebenarnya pagar tu gila punya rendah. tapi sebab nak nampak dramatik sikit kan. hehe.
lepas panjat pagar dan jalan lebih kurang 500m dari kawasan rumah, aku dan kakak aku nampak satu makhluk tuhan ni.
parking baik punya dalam porch rumah cina jiran aku.
sebab kami ni kanak-kanak yang 'kononnye' kurang kasih sayang *padahal penakut* pergi la lari lintang pukang macam nampak hantu.
lari-lari sambil panjat pagar.
masuk balik rumah. pergh fobia wa cakap sama lu!
dalam rumah tak berhenti-henti maki.
"hampeh punya anjing. kau buat ktorg cuak aje"
sejak dari tu, takde lansung usaha pelarian dari rumah dirancangkan lagi. dan kami membesar bagai johan!
end.