Friday, July 30, 2010

what medical school has taught me.


1. how to take photo.
-- cam-whoring di dalam bilik OT. menjakun mula-mula masuk first year bila dapat pegang 20 muscle di tapak tangan.

2. how to make a fool of myself.
-- seperti orang bodoh di ward bila di marah lecturer sebab tak study. di jeling nurse sebab dia taktau kolej dah bayar hospital beribu-ribu untuk di jadikan teaching hospital, tapi diorg pikir kita tetap menyemak menambah kan bilingan umat kat dalam ward.

3. be an ultimate collector.
-- mengumpul segala buku-buku yang banyak gila. satu subject 2-3 buku. sampai rak macam nak roboh.

4. menggunakan masa terluang dengan sebaiknya.
-- lepas penat berdiri dalam ketar lutut dalam ward, masa terluang di isi dengan aktiviti tidur. ye. sleep deprivation itu tidak bagus utk complexion muka.

5. how to be a poser aka poyo.
-- mengangkut stethoscope ke ward memang menyusahkan. ke sana ke mari dengan lab coat lebih2 annoying.

6. be confident.
-- confident tu penting especially bila depan patient kau lupa cara nak buat examination. atau depan lecturer kau di suruh buat CNS examination tapi haram kau tak study malam sebelumnya. ye confident itu bagus. *di masa-masa tertentu*

7. menggunakan duit dengan sewajarnya.
-- apabila duit di gunakan untuk memphotostat segala buku-buku yang ada kat library supaya kau nampak lebih rajin sebenarnya kau saja nak tambah koleksi buku yang ada.

8. forge signature.
-- forgery di benarkan di situasi terdesak seperti ketika kau malas gila nak pegi kelas tapi attendance kau dah below 90% (90% attendance is compulsory)

9. 'mencurik masa'
-- aktiviti yang padat mengajar anda menjadi lebih hebat dalam pencurian masa. masa yang dicurik digunakan untuk makan, tidur. dan bergossip.

10. bodoh matematik.
-- bila 5 tahun kau tak pegang kalkulator nak kira 25 kuasa dua pun terkial-kial.


**ini adalah 'the bad side' of medical college. good side ada je tapi malas nak tulis. takkan la aku nak tulis medical school mentransform aku jadi nerd kut? tak cool lah macam tu.

***tiada kaitan dengan siapa-siapa. yang hidup atau sudah mati.

No comments:

Post a Comment