Friday, February 19, 2010

end posting & A&E night posting.

end posting surgery.

pre-exam.
nak kata success tu tah la. yang penting aku skip part examination! huahuahua. sebenarnye aku buat. since long case sah2 la ko kne present depan lecturer semula kan. so aku buat exam pon ala kadar. case aku dapat breast cancer. sume orang cam "ha? breast case?" ye. sebab ape orang cakap macam tu? sebabnya kalau breast case macam-macam examination ko kena buat. Abdominal & RS exam and of course la local exam kan? iaitu breast. so aku buat ala kadar aje for abdominal exam & respiratory system examination. setakat auscultate lung sikit2, then percuss. pastu untuk abdomen, sumpah aku palpate utk liver je. lain tak buat. breast thoroughly la aku tgk. mmg aku buat exam betul-betul. bukan aku tanak buat lain tu sungguh2, tapi aku pikir, nanti kena present and buat examination depan lecturer jugak, so time tu aku akan buat betul-betul la.

time presentation.
time ni pulak la pakar dan MO beserta segerombolan HOs buat ward round. and time aku nak present tu la dorg tgh wat ward round kat katil patient tadi. so lecturer suruh aku pegi tempat lain then present. including the findings. termasuk la soalan yang tah apa-apa and macam biasa la. cara nak kaver takut adalah act confident. lol. blasah je cakap ape. bila dia suruh wat staging, aku buat.

then lecturer tanya after we confirm that is breast cancer, then whats next. then aku kata buat mamogram then FNAC. disebabkan patient da ada symptoms pleural effusion, so dia suruh baca chest xray. then mintak management. dengan yakin nya aku cakap "its stage 4 breast malignancy. basically we cannot do anything except palliative treatment only" haha. muka mmg poyo. bila dia tanya apa treatment? dush. abis aku. masuk surgery semua pasal medicine da di awang-awangan. so gagap la jawab nak bg treatment utk pleural effusion. bla bla bla aku merepek2.

post-examination.
dia cakap done well. dia kata la. tapi rasa aku dia cakap kat semua. aku tanya dia nak aku wat examination part tak, tapi sebab student lain da tunggu dia, so dia cakap we're done. aku lega gilaaa ok! mana tak nye, aku bukan confident sgt dengan breast exam pny technique pon. well biasa la da kata learn from book, mmg tak membantula kan? kira bila terlepas tu mmg tarik nafas panjang.

thanks kepada patient yang amat sangat cooperative. mula-mula dia macam hesitate jugak. sebab da ramai sangat examined dia. tapi at last dia ok. (see?see? siapa kata aku tak pandai jaga & amek hati orang-orang tua?)

and agak2 korang.. kalau setiap patient yg korang jmp doakan korang akan jadi doktor yang bagus, Allah perkenankan tak? InsyaAllah. janji tak malas kut ;) hee hee..


so abis cerita end posting.

A&E night posting.
penat. boring. sebab time aku semak2 kat A&E tu, time tu la takde patient ramai sangat.
bila aku dah nak balik, berderet2 manusia datang. :(

tapi hati aku sayu bila tgk patient collapse, family members menangis2. lebih sayu bila tgk pekerja-pekerja pemalas, bila nak resuscitate patient pun buat main-main2. aku rasa, kalau rakyat malaysia kaya raya, takde sape hingin nak pegi hospital kerajaan. nuff said. aku pon bakal jadi pekerja hospital kerajaan. so stop complaining ok.

paling best bila penat-penat, jalan -jalan cari mee bandung. sampai sesat2, tak campur lagi tengah makan then hujan lebat bertempiaran lari.

ok cerita makin bosan kan?

anyways. night posting almost over. malam ni malam last nite posting. and surgery posting pon akan abis in 2 weeks time. lega lega lega.

then cuti yeay!

No comments:

Post a Comment